Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 154:
Ringkasan tafsir;
Dalam
ayat ini menerangkan bahawa orang-orang yang ditimpa menerima kedukaan dalam
peperangan Uhud, kemudian Allah kurniakan sejahtera kepada mereka dalam keadaan
mengantuk terlena tertidur sehingga kedukaan yang sedang menyelubungi peresaan
mereka itu hilang.
Sesungguhnya
nikmat tidur itu sebesar nikmat yang dirasai orang yang baru mengalami
derita dan menjadi ujian, dan dengan
tidur itu juga akan mengembalikan perasaan kuat dan badan cergas.
Adapun
didalam sebahagian kumpulan pasukan itu ada segelintir yang hati-hati mereka
munafik yang mementingkan diri sendiri daripada mematuhi perintah Rasul, mereka
ini tidak pun didatangi mengantuk dan tidur disebabkan perasaan mereka itu
tidak tenteram dan sentiasa diselubungi kedukaan diganggu oleh perasangka
seperti orang zaman jahiliah yang menyangka pasti Nabi akan terbunuh dan tidak
mungkin pertolongan dari Allah itu akan tiba.
Oleh itu
Allah menyuruh Rasulullah memberitahu kepada orang munafik itu bahawa semua
kemenangan pertolongan qada qadar itu semuanya adalah urusan Allah mengikut
kehendak Nya. Orang munafik itu telah menyembunyikan penyesalan yang amat
sangat didalam hati-hati mereka semasa bersama Mukmin dimedan perang Uhud.
Demikainlah
kalau sudah ajal memanggil mereka walaupun berada dirumah dalam keadaan
berguling (tidur) akan sampai juga ajalnya dan mati ditempat tersebut dan
tercabutlah nyawanya.
Apa yang
ditakdirkan berlaku dalam peperangan Uhud itu ialah untuk menguji isi dada
orang mukmin, adakah mereka itu ikhlas tulus
atau sebaliknya menjadi nifak (bermuka-muka). Dan dengan ujian itu juga
untuk membersihkan rasa syak ragu-ragu didalam hati mereka bila mana
menyaksikan keajaiban kudrat Allah kerana menurunkan sejahtera (mengantuk) kepada
mereka supaya pulih menjadi segar untuk menghadapi musuh.
.
[PREVIOUS] [NEXT] [HOME]
[PREVIOUS] [NEXT] [HOME]
.
.
Rujukan sumber,
Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 151~160, [GS] https://sites.google.com/site/kawankuresources/3/1
Ulasan surah 3;
[GS] https://t.co/Kf2lMbI0X8