Saturday 15 June 2019

Al-Imran Ayat 154


Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 154:

Ringkasan tafsir;
Dalam ayat ini menerangkan bahawa orang-orang yang ditimpa menerima kedukaan dalam peperangan Uhud, kemudian Allah kurniakan sejahtera kepada mereka dalam keadaan mengantuk terlena tertidur sehingga kedukaan yang sedang menyelubungi peresaan mereka itu hilang.

Sesungguhnya nikmat tidur itu sebesar nikmat yang dirasai orang yang baru mengalami derita  dan menjadi ujian, dan dengan tidur itu juga akan mengembalikan perasaan kuat dan badan cergas.

Adapun didalam sebahagian kumpulan pasukan itu ada segelintir yang hati-hati mereka munafik yang mementingkan diri sendiri daripada mematuhi perintah Rasul, mereka ini tidak pun didatangi mengantuk dan tidur disebabkan perasaan mereka itu tidak tenteram dan sentiasa diselubungi kedukaan diganggu oleh perasangka seperti orang zaman jahiliah yang menyangka pasti Nabi akan terbunuh dan tidak mungkin pertolongan dari Allah itu akan tiba.

Oleh itu Allah menyuruh Rasulullah memberitahu kepada orang munafik itu bahawa semua kemenangan pertolongan qada qadar itu semuanya adalah urusan Allah mengikut kehendak Nya. Orang munafik itu telah menyembunyikan penyesalan yang amat sangat didalam hati-hati mereka semasa bersama Mukmin dimedan perang Uhud. 

Demikainlah kalau sudah ajal memanggil mereka walaupun berada dirumah dalam keadaan berguling (tidur) akan sampai juga ajalnya dan mati ditempat tersebut dan tercabutlah nyawanya.

Apa yang ditakdirkan berlaku dalam peperangan Uhud itu ialah untuk menguji isi dada orang mukmin, adakah mereka itu ikhlas tulus  atau sebaliknya menjadi nifak (bermuka-muka). Dan dengan ujian itu juga untuk membersihkan rasa syak ragu-ragu didalam hati mereka bila mana menyaksikan keajaiban kudrat Allah kerana menurunkan sejahtera (mengantuk) kepada mereka supaya pulih menjadi segar untuk menghadapi musuh. 

.
[PREVIOUS] [NEXT] [HOME] 
.
.
Rujukan sumber,
Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 151~160,
[GS]
https://sites.google.com/site/kawankuresources/3/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8